(1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(2) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(3) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
(4) Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
(5) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(6) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(7) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(8) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!