<     >  

100 - Surah Al-'Ādiyāt ()

|

(1) 1. Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,

(2) 2. dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),

(3) 3. dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,

(4) 4. sehingga menerbangkan debu,

(5) 5. lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

(6) 6. Sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya,

(7) 7. dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya,

(8) 8. Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.

(9) 9. Maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan,

(10) 10. Dan apa yang tersimpan di dalam dada ditumpahkan?

(11) 11. Sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Mahateliti terhadap keadaan mereka.

<     >